19 NOVEMBER 2009
aku tengok abah balik kerja. terus ke bilik air, mandi, sembahyang, dan pergi ke dapur untuk pekena teh panas dan lempeng cair air tangan emak. aku diam, aku perati je gerak geri dia dengan perasaan penuh tak puas hati acah acah merajuk sambil layan tv3 yang entah aku sendiri pon tak ingat apa ceritanya.
siap semuanya, sambil berkain pelekat coklat tua, abah duduk depan aku sambil silangkan kaki ala bapak bapak. pandang aku dengan pandangan mata yang serupa ingin memujuk. aku cuba berlagak cool, aku pandang arah tv sambil pura pura menghayati kotak hitam saiz 21 inci brand toshiba depan aku. hakikatnya, aku tak tau pon apa yang aku tengah tengok tu. kosong *nyanyi lagu najwa latip* :D
"jom, siap, kata nak beli motor" kata abah.
mataku membeliak, rasa macam nak menjerit ! aku bangun, lompat serupa beruk, dan terus peluk dia sampai lupa gua tengah merajuk. ye, ini lah sebabnya aku konon konon buat haluan kiri dan memberontak. tiga hari merengek mintak tak dapat bhaii. haha. perasaan suka tak dapat dibendong lagi, aku dapat rasa yang senyum ni dah sampai ke dahi pergi dia. kalau itu jam ada twitter, confirm cepat cepat aku tweet untuk bagitau satu dunia betapa sukanya aku. kalau itu jam ada wechat, pasti moment akan berupdate dengan status yang acah acah bahagia. dan kalau juga ada keek, mestinya video 'macham happy jek, macham sonok jekk" akan ku update.
suasana kanak kanak riang petang tu masih lagi jelas dan segar dalam ingatan.
terasa dunia akan berubah dan bertransformasi. lepas ni aku tak perlu lagi bawak tenggiling yang bunyi dia serupa meriam berdentum dentum ke kampus. lepas ni, telinga aku tak perlu lagi bernanah dek kerana di sound dengan auntie cina rumah tingkat dua sebab buat bising pagi pagi nak pergi kelas. dan yang paling penting sekali, aku tak perlu lagi bersabung nyawa dan membahayakan sistem peranakan dengan menyetart motor yang bapak ketat dia punya start kaki.
aku happy.
walaupun aku rasa, orang lain takkan pandang pon happy aku ni. takat motor je kan. minah kancil lalu sebelah pon buat muka kerek. macham miskin jewh, macham kuli kuli jewh, macham kuli kuli jewhhh. *muntah tujuh tong* :D
takpe.
aku buat tenggiling ni jadi cantik. rim aku tukar, tayar aku bagi besar punya biar sedap pakai, flat number aku pilih yang cermin, tongkat aku ambik RXZ. sekelumit debu pon kalau boleh aku tak bagi melekat kat badan dia. didikan emak, segala benda tak kira lah kereta, motor, basikal, dan kalau boleh kereta sorong pon disuruhnya bersih dan kilat. aku memang cukup rajin mandikan dia, cukup rajin nak lap dia tiap petang. pendek kata JLW cukup kacak dimata aku waktu tu.
"dik, engkau punya rim boleh buat cermin. kilat gila" kata seorang mat rempit dikala kami sama sama berhenti di traffic light.
tengok, hanya jauhari mengenal manikam.
"kilat eh? saya jilat bang" jawabku pendek.
kemana mana pergi, tenggiling ni la yang aku bawak. dari aku susah sampai lah sekarang yang dah selalu sangat aku tinggal tinggalkan sebab dah ada kereta. sampai kadang kadang dia merajuk bila seminggu tak start enjin dia, sampai berhabuk dan bercapuk badan dia aku biarkan. dia ni jugak la sebabnya aku sipi sipi nak kena saman dek kerana pakai flat cermin, dia ni jugaklah penyebab aku rasa macam loser gila bila kena sorong dia time menghadap roadblock, paling best, dia ni jugak la yang sama sama jahanam muka dengan aku sebab berlanggar dengan kereta tiga tahun lepas. parut kecik kat tepi mata ni la kenangan aku bersama dia.
banyak memori kalau nak cerita dengan tenggiling ni. sekarang bila aku tengok budak budak baru nak up bawak motor, automatically ingat zaman sendiri dulu. seronok. seronok sangat. ah, lantak orang nak cakap spesis gini cuma budak jalanan yang takde masa depan ke apa. sikit aku tak heran mulut orang.
21 NOVEMBER 2013
genap 4 tahun. baru dua hari lepas aku pergi hidupkan insurans and roadtax dia. last last, that tenggiling yang aku sayang sayang selama ni, hilang. hilang bila si adik pinjam bawak balik masuk ADTEC. fungsi guard kat depan tu pon aku tak tau apa. aku syak mereka wujud dan dibayar cuma untuk marah orang je. okey.
aku sayang bukan sebab rugi, bukan jugak sebab duit atau apa. aku tak kisah dia barang murah. aku tak heran kalau satu dunia cakap takyah nak sedih sangat kalau takat motor cabuk yang hilang. gasak ah. orang takkan paham yang benda tu ada sentimental value yang takkan mungkin boleh aku beli kat mana mana. a big gift dari someone yang aku sayang, yang aku rasa pemberian pertama yang boleh buat aku jadi serupa orang gila. pemberian yang bersalutkan kasih dan sayang melimpah ruah seorang ayah. sayang dia tu sampai aku berazam nak simpan dan turunkan pada anak aku satu hari nanti. sekalipon aku dah mampu beli yang lain sendiri, dan mungkin lebih besar lagi, benda tu takkan sama dengan yang lama. so, mana nak cari?
nasib, tak selalu menyebelahi kita. rezeki, bila bila masa boleh dibagi dan ditarik balik. tak apa lah. redha. nak buat macam mana. tipis sangat harapan nak dapat balik. mungkin dah jadi besi dicerai cerai agaknya. seriously rasa macam nak cium ubun ubun si pencuri tu kalau dapat kat aku. terima kasih banyak banyak. dont worry, i'm waiting for you at padang mahsyar.
semoga kita berjumpa lagi JLW4061
:(
dah, bai.
:(
dah, bai.