dok belek-belek facebook, tiba-tiba kat timeline pap ! nampak meatball terbaru keluaran abang burn. gambar dia jangan cerita la gereknya. serious belanja habis. time-time tu jugak aku rasa macam nak berdarah hidung ni. pehh pehh, nafsu tolong behave please. haha. but dont worry, i'll makesure i get it. *angkat-angkat kening* :D
at that time, terus text bandi ajak pergi jajahan terdekat weekend ni. ah tak kira tengah kelas ke, apa ke. yang penting,
"i want the respond immediately !"
wahhh, serious kau kak tonnn. kelasss. wkwkwkw.
dan oleh sebab bandi memang dilahirkan untuk melayan kerenah aku yang super melampau ni, so the answer is absolutely YES, always YES. aku memang dah agak dahh. yeayyy, dah boleh joget-joget keriangan sambil susun ayat-ayat gedik sebagai tanda ambik hati dia. kahkah.
done printing the maps ! kawan kerja sebelah meja pon sibuk nak jugakkk. boo~haha. okey, dia pon follow pergi keesokannya. bagus, meriah gabai. kikiki.
okey, back to my story, we have two choice. samada nak pergi jajahan JOHOR BAHRU BPOINT ataupun MELAKA. sebab dua-dua ni kira jajahan yang paling dekat dengan BATU PAHAT. dekat la sangattt. dua jam jugak kot nak sampai. hihi. dok pikiaq pikiaq, finally, we decide nak turun MELAKA. sebab?
1. dah pernah pergi jajahan JB.
2. dah selalu sangat turun JB.
3. jimat tak kena tol.
yang ketiga tu tak boleh bla. hahaha. takde la, actually kitorang rinduuu sangat-sangat kat bumi melaka. yela, dah pernah bermastautin kat sana, so bila dah keluar pon, tatappp rindu. well, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pulak tempat berdating. port bahagia zaman muda-mudi belasan tahun. orang habis paper balik hostel, aku? rxz dah tunggu nak bawak makan kat klebang petang-petang. eh? wkakaka.
okey actually sebelum tu, ada cerita yang buat aku terharu dalam misi pengembaraan mencari meatball abang burn ni. haa, ni nak cerita ni. amboi beriyee. haha. okey, kitorang plan nak pergi hari sabtu. so, jumaat malam tu aku ada lah on the phone dengan bandi kejap. time tu JDT tengah pum pam pum pam berlawan dengan PAHANG live kat tv. selalunya kalau call time-time macam tu, confirm bising background dia dengan bunyi sorak menyorak kat mamak. tapi malam tu, senyap pulak. haa, tau dia tengah buat apa? ASSIGNMENT. assignment bro, assignment.
aku : kenapa nak buat assignment malam ni? kalau esok tak dapat, ahad kan ada.
bandi : ada banyak projek tak siap. ahad kan ada interview dengan lecturer.
okeyy finee. aku bukan apa. dia ni dah la spesis-spesis gila bola. mata tak berkelip kot kalau tengok match lebih-lebih lagi kalau ada JDT. silap-silap hari bulan, mak aku lalu sebelah pon tak dipandang agaknya. haha. so malam tu, rasa pelik jela. rasa bersalah pon ada. hellooo, jumaat wey? malam party, dah kenapa nak buat assignment. haha.
"takpe la tak dapat tengok pon, esok kan saya nak jalan dengan awak"
*kesat air mata* sobsobss. kesiannya student-student final year :D
keesokannya, oleh sebab kitorang sampai awal, so pergi la ronda-ronda JUSCO dulu sementara tunggu abang burn bukak kedai. ada ke dah sampai melaka takat pergi jusco? haha. alamakkk, banyak tempat dah pergi la. so tak tau lagi nak pergi mana. hihi.
around 6.00 pm, kitorang bergerak pulak ke destinasi tujuan, RESTORAN MELAYU MELAKA ! at that time, aku nampak dah bukak dah, tapi orang still tak ramai. so, tanya tanya krew abang burn, dia cakap meatball belum ada lagi. aiyoo, bandi ni dah la tak makan dari pagi, ditahan tahan semata-mata nak melantak habis-habisan kat sini. serious, kali ni aku memang kesian gila kat dia. sebab kalau aku la yang lapar, memang nak terbalik dunia ni rasanya. tu diaaa, meroyannn. haha.
burger abang burn jajahan melaka ni letak dia betul-betul kat tepi malacca river cruise. dekat-dekat dengan kampung morten, pengkalan rama dan sangat dekat dengan UiTM Kampus Bandaraya Melaka. and rumah yang sempat di snap ni actually is my old-house. yang paling depan dan tingkat paling atas. bila tengok lama-lama, rasa rindu membuak-buak pulak. teringat dulu bersidai kat corridor kecik tu sambil tengok pemandangan sungai dan monerel lalu-lalang. omaigodd, a lot of memories. sobsobss.
bagi sedap hati main-main buai dulu. suka gambar ni sebab dia pakai jeans yang aku bagi time birthday dia hari tu. haa kan mooolek pakai seluar panjang. hihi.
takpe la, oleh sebab takde. kitorang decide nak makan tempat lain dulu. nanti malam sikit boleh je datang lagi. so pergi la mahkota parade aka MP. jalan pulak jam. tersangat jam okeyy. aku tak paham kenapa malang betul nasib kitorang hari tu. hahaha. dalam kereta, aku siap say sorry lagi sebab menyusahkan. bukan senang okey nak mengalah camni. haha. tapi memang lemah betul tengok orang lapar ni. tak sampai hatiii. tapi tau dia jawab apa?
"takpee" *senyum sambil buat muka comel*
gulppp. asal kau lembut hati sangat? hahaha.
sampai MP, terus la cari makanan, dia pilih nando's la pulekk. adoyy, nando's tu masam dengan pedas je lebih. tekak aku memang tak boleh nak terima bro. tapi nak buat macam mana, ikut jela. malas nak cari pasal dengan orang tengah lapar. haha.
after kenyang, kitorang sambung berjalan tanpa hala tuju, window-window jela. bandi plan nak beli t-shirt superman, sekali tengok rege dia capai dua rat, terus tak jadi. duit ptptn nak habis katanya. hahaha.
dalam pukul 9.30 malam kitorang kembali ke restoran melayu melaka. time tu perut dah rileks, so boleh la masuk lagi. hihi. see, semangat mencari meatball masih lagi tak luntur. gila kan? time on the way tu bandi usik.
"jom la kita balik, tak payah la ea?"
aku? tarik muka. panjangkan muncung.
"okey okey, walau macam mana pon, kita tetap akan cari meatball tu"
hahaha ! motippp sangat nak bergurau senda :D
sampai sana, orang ramai dah jangan cerita. aku siap beratur hampir setengah jam untuk ambik order dan bayar. then duduk lebih dari sejam untuk meatball sampai.
i'm a food hunter, and aku ni jenis customer yang sangat pentingkan servis dan quality. quality means rasa la kan. tapi malam tu aku macam tak kisah pulak makanan tu datang lambat. adakah sebab senyuman krew-krew dia yang terlebih manis? upsss. kahkah.
takde la, maybe sebab suasana dia best, rasa angin sungai, maybe jugak sebab perut aku belum lagi berzapin, dan yang paling best, ada band nyanyi-nyanyi kat sana. so tak kisah pon sebab boleh lepak-lepak santai. meriahhh !
best kot duduk kat tepi ni. tengok boat lalu lalang, rileks sangat. okeyy, dulu aku naik boat kat river cruise ni always free. cakap je kalau nak naik. wkwkwk :D
okeyy, forget it ! my meatball dah sampai !
yummy yummy ! sedap ! hihi. malam tu just order meatball je sebab burger dia dah makan dah. ada aku tulis kat entry INI. burger pon power kot. murah kalau nak dibandingkan dengan fastfood. okey, saya sebenarnya pemboikot M**. hikhik.
untuk meatball yang terbaru ni, aku suggest pergi la cuba dan rasa. 100 percent daging dan sos dia resepi rahsia dari owner sendiri. kalau makan meatball ni memang tak rasa tepung langsung. full with the daging. so kalau bayar RM 9.90 untuk 10 meatball and 5 wedges tu kira sangat berbaloi la kann. hihi.
kalau makanan sedap tapi mahal, itu biasa. kalau makanan tak sedap tapi mahal, tu mintak penampa. kalau makanan tak sedap tapi murah, boleh tutup mata je. tapi kalau makanan sedap tapi murah, itu memang legend, bonus ! dan abang burn boleh dikategorikan sebagai yang terakhir. oyehoyehh~haha.
dari servis pulak, aku rasa okey. cuma maybe malam tu datang tak kena masa, malam minggu pulak tu. stok lambat sampai diorang cakap. so, delay la jadinya. tapi before ni makan kat bpoint rasanya memang takde masalah. tak sampai 10 minit burger dah sampai even waktu tu pon orang ramai. lagipon ada kawan sekerja yang pergi jajahan yang sama kat melaka cakap, servis sana okey je semalam. untung laaa~ haha.
so bagi sesiapa yang belum rasa lagi product terbaru dari abang burn ni, you should try. go go goo! lokasi sangat senang nak jumpa. bagi yang tak familiar, search je kat gps, RESTORAN MELAYU MELAKA untuk jajahan melaka. dibukak mulai petang sammmpai pukul 12 malam kalau tak silap. dan kalau tak silap jugak setiap hari onnn.
selamat melayan nafsu tekak ye !
okbaii :D